Sunday, August 8, 2010

PINGGIRAN SUNGAI

Selain persekitaran gua dan tanah lapang, petempatan awal manusia ialah di pinggiran sungai [glosari] atau tasik. Mereka boleh mendapatkan sumber air. Selain berburu binatang dan memungut pucuk-pucuk daun, mereka dapat menangkap ikan.

KAWASAN LAPANG


Manusia zaman dahulu juga tinggal di kawasan lapang. Mereka mula bercucuk tanam. Mereka juga masih berburu binatang. Mereka telah membina pondok-pondok sebagai tempat tinggal yang diperbuat daripada batang dan daun-daun pokok.

GUA

Pada peringkat awal, manusia telah memilih persekitaran gua sebagai tempat tinggal. Petempatan ini sesuai kerana terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan dan binatang yang boleh diburu sebagai sumber makanan.

Cara Zaman Batu Hidup

Pada zaman dahulu, manusia hidup secara nomad [glosari].

Mereka hidup dalam kelompok keluarga atau secara

berkumpulan.

Petempatan awal mereka ialah gua,

kawasan lapang dan di tepi sungai atau tasik.

PERKEMBANGAN CORAK PETEMPATAN MANUSIA

Sejarah telah membuktikan bahawa manusia mula menduduki gua sebagai tempat berlindung semasa petempatan awal. Akibat perubahan zaman, manusia telah mempelbagaikan jenis petempatan mereka. Di samping itu, faktor luaran juga menyumbang kepada reka bentuk dan jenis rumah di negara kita.



Anda perlu menghargai rumah sebagai tempat tinggal dan menjadikan rumah sebagai "RUMAHKU SYURGAKU".



Anda juga perlu menjadikan rumah sebagai satu tempat istimewa dalam kehidupan.

Apa Maksud peperangan?

Peperangan merupakan hal yang tidak diinginkan oleh setiap umat. Perang bererti perbalahan menggunakan senjata sehingga membunuh antara sesama umat. Peperangan merupakan pertikaian yang seharusnya dapat dielakkan.

Satu tanggapan biasa peperangan ialah suatu siri kempen tentera antara sekurang-kurangnya dua belah pihak yang melibatkan satu pertikaian mengenai kedaulatan, kawasan, sumber, agama atau banyak lagi isu-isu lain. Suatu peperangan untuk mendapat kemerdekaan dari penjajahan kadang kala dipanggil sebagai satu "peperangan pembebasan", sementara suatu peperangan dalaman bagi negeri yang sama dipanggil "perang saudara".

Asal Usul Nama Sarawak

Sarawak ialah negeri malaysia yang terletak berhampiran sabah.Ia dinama kan Sarawak kerana zaman dulu ramai orgnyer berkata "Serah Kepada Awak"

= SE+SA
= RA+RA
= WAK+WAK

==Sarawak